2015

SEMINAR BERSAMA INFECTIOUS DISEASE SPECIALISTS™ : PEMBAHAUAN DALAM ISU INFEKSI DAN JANGKITAN KULIT(SSTI)

23hb Mei 2015

Kami telah mengadakan seminar kedua pada tahun 2015 yang bertopik SSTI di Hotel Jen. Seminar bersama Infectious Disease Specialist ini bertujuan untuk para doktor keluarga. Seramai 103 doktor yang hadir dalam seminar kali ini. SSTI adalah salah satu infeksi akut yang sangat umum yang mengakibatkan kemasukan hospital dalam keadaan darurat. Dalam tahun terakhir, banyak antibiotik baru yang telah diluluskan untuk kegunaan di Singapura, US, Eropah untuk mengobati SSTI.

Dr Lam telah memberikan penjelasan spectrum klinis mengenai SSTI. Oleh kerana SSTI adalah kelompok infeksi heterogen yang mempunyai presentasi yang pelbagai, Dr Lam memberi focus pada infeksi umum dan juga infeksi yang kurang biasa seperti necrotizing fasciitis.

Ada pelbagai rawatan antibiotic yang khas untuk mengobati jangkitan SSTI dan Dr Wong memberi penjelasan mengenai publikasi dari Eropah dan US yang memberi ulasan mengenai penggunaan antibiotik dalam mengobati infeksi SSTI. Dr Wong juga telah memberikan guideline yang ringkas yang telah dipublikasikan di Infectious Disease Society of Amerika (IDSA) pada Jun 2014. Guideline tersebut membantu memudahkan para doctor untuk membuat keputusan klinis. Beliau juga memberi pandangan mengenai pengobatan SSTI yang disebabkan oleh MRSA.

Untuk infeksi yang parah dan bertukar kepada luka kronis, Esther Thng, jururawat pakar luka memberikan pandangan bernas mengenai manajemen luka. Beliau menekankan betapa pentingnya pendekatan holistik dan bagaimana cara menjaga dan merawat luka yang dalam dan kronik. Esther menggunakan kes-kes study untuk menggalakan pemahaman untuk cara-cara merawat luka.

Dr Chan Yuin Chew, pakar kulit telah membincangkan mengenai kondisi non-infeksi yang pada dasarnya seperti jangkitan SSTI dan memberi pandangan tentang bagaimana untuk menghindari misdiagnosis dan keterlambatan dalam manajemen.

Kami sangat berbesar hati kerana Astra Zeneca telah sponsor tempat dan jamuan yang diadakan di seminar ini.

Post a comment