2015

STAFF BONDING DI HORT PARK, HUB MENCUCUK-TANAM DAN GAYA HIDUP SIHAT

111hb APRIL 2015

Empat belas karyawan(staff berserta ahli keluarga) meluangkan masa bersama-sama pada hari Sabtu yang cerah di hub mencucuk-tanam atau gardening, Hort Park, di bahagian selatan barat Singapura.

Kita memulakan aktiviti pada hari itu dengan makan tengahari yang menyihatkan, dan memulakan aktiviti membuat terrarium. Aktiviti tersebut sangat therapeutic dan merehatkan minda kerana ia membolehkan kita menunjukkan kreativiti diri sendiri. Kemudian vote telah diadakan untuk yang paling kreatif, pemenangnya adalah isteri Vincent, Shirley dan Siti!

Oleh kerana hari yang begitu panas, agensi kami Senserene mengadakan 2 permainan indoor. Yang pertama ialah peserta harus membuat logo IDS menggunakan plasticine, dengan mata ditutup! Kumpulan dibahagikan 3; Walaupun salah satu kumpulan menyelesaikan aktiviti itu dengan sangat cepat dan logonya yang sangat cantik dengan masa terpantas, kumpulan Dr Wong yang menyelesaikan aktiviti itu yang kedua telah menang aktiviti tersebut.

Aktiviti kedua ialah menggunakan sehelai kertas untuk membuat menara yang paling tinggi. Kumpulan Dr Lam telah memenangi aktiviti tersebut dengan menara kertas yang tertinggi iaitu 143cm!

Setelah itu, ketika hari tidak begitu panas, guide Nature Society yang sangat berpengalaman, Teck Chye, membawa kami untuk berjalan mengelilingi Park tersebut dan memberi informasi mengenai tanam-tanaman, bunga-bunga, herba, serangga, dan juga kelawar! Teck Chye sungguh informative, lucu dan kami membuat kami berasa seronok.

Petang yang sangat menyeronokkan itu diakhiri dengan pesanan penutup dan hadiah oleh Dr Wong dan Dr Lam yang memberikan pedometer yang akan digunakan untuk mengira langkah-langkah kami seharian. Semoga semua staff akan menggunakan pedometer tersebut untuk gaya hidup sihat dan berjalan sekurang-kurang 10,000 langkah kaki setiap hari!

Post a comment